Mukadimah

Blog Komuniti ini dibuka untuk mengeratkan lagi salam tali silaturahim dan mendalami perkongsian ilmu dengan semua pemilik basikal klasik di Malaysia.Jadilah pemilik basikal klasik yang berilmu.
PENGUMUMAN

Kepada semua pemilik & peminat basikal klasik.

Jika anda ingin melampirkan bahan atau info mengenai basikal untuk dikongsikan dengan semua peminat basikal bolehlah emailkan kepada : kpbk.malaysia@gmail.com

atau peminat boleh layari forum komuniti seperti dibawah :

Forum Komuniti Pemilik Basikal Malaysia telah dibuka.
Klik
Sini untuk mendaftar.

Perbagai topik boleh dibincangkan.


Harap maklum.

Terima Kasih


Tuesday, September 8, 2009

Klinik Basikal - Bottom Bracket



Untuk klinik sepeda yang pertama, KSTKPB ingin berkongsi dengan semua peminat dan pencinta sepeda berkenaan bottom bracket shell.

Bottom bracket ialah satu mekanisma yang terletak dibahagian bawah rangka sepeda. Ia berfungsi sebagai penghubung antara crank pedal yang memusingkan rantai dan menggerakkan sepeda. Strukturnya terdiri daripada sebatang gandar, bearing, batang pedal kanan dan batang pedal dan crank (kiri).

Bottom bracket terdiri kepada tiga jenis; cup-and-cone, jenis katrij dan jenis “Ashtabula” one piece crank. Jenis katrij menggunakan sepana berbunga [threaded spanner], digunakan pada sepeda racing dan jenis “Ashtabula” one piece crank digunakan oleh sepeda BMX dan sepeda keluaran Amerika Syarikat.

Untuk sepeda-sepeda Raleigh (dan sepeda-sepeda Roadster yang seangkatan dengannya), jenis bottom bracket yang digunakan ialah jenis cup-and-cone. Jenis bottom bracket cup-and-cone ialah variasi asal mekanisma bottom bracket yang diperkenalkan pada Rover Safety Bicycle.

Untuk sepeda-sepeda keluaran Raleigh [saiz kerangka 20”, 21” dan 23”], saiz bottom bracket shell yang digunakan ialah berukuran 34.9mm X 1.06mm dengan jejalur bunga (threading) berukuran 1 3/8” X 26 tpi [threads per inch].

Untuk sepeda-sepeda jenama BSA, ukuran British ISO digunakan (34.8/34.9mm X 1.06mm) disebabkan ukuran jejalur bunganya yang berlainan (1.37/1.375" x 24 tpi), ia tidak berapa sesuai untuk bottom bracket ukuran Raleigh kerana ukuran ‘tpi’nya berbeza.

Sepeda-sepeda keluaran khas (untuk kegunaan kerajaan) seperti sepeda polis, keretapi dan kastam, saiz bottom bracketnya berlainan. Ini adalah kerana bagi membezakan sepeda-sepeda tersebut dengan keluaran biasa untuk orang awam dan bagi mengelakkan dari kecurian. Untuk makluman, hanya pekedai-pekedai sepeda tertentu sahaja yang dilantik oleh pihak polis dan jabatan keretapi untuk mebaikpulih sepeda-sepeda mereka.

Chainline standard bagi sepeda-sepeda Raleigh ialah 40.5mm ke 42mm dengan kelegaan berukuran 110mm. Untuk kerangka baru yang mempunyai kelegaan 120mm, chainline standard yang digunakan berukuran 42mm.

Untuk sebarang perkongsian,pandangan,pendapat dan yang berkaitan dengan klinik sepeda ini,peminat bolehlah menghantar komen didalam ruangan yang disediakan.



Terima kasih kepada KSTKPB dan penulis artikel kerana memberi kebenaran memaparkan artikel klinik basikal ini didalam blog KPBKM untuk perkongsiaan ilmu.

Sumber dari:
Khazanah Sepeda Tua KPB

No comments: