Mukadimah

Blog Komuniti ini dibuka untuk mengeratkan lagi salam tali silaturahim dan mendalami perkongsian ilmu dengan semua pemilik basikal klasik di Malaysia.Jadilah pemilik basikal klasik yang berilmu.
PENGUMUMAN

Kepada semua pemilik & peminat basikal klasik.

Jika anda ingin melampirkan bahan atau info mengenai basikal untuk dikongsikan dengan semua peminat basikal bolehlah emailkan kepada : kpbk.malaysia@gmail.com

atau peminat boleh layari forum komuniti seperti dibawah :

Forum Komuniti Pemilik Basikal Malaysia telah dibuka.
Klik
Sini untuk mendaftar.

Perbagai topik boleh dibincangkan.


Harap maklum.

Terima Kasih


Tuesday, September 8, 2009

Klinik Basikal - Pedal

Spesifikasi untuk pedal yang digolongkan di dalam kategori standard/original/under license dan sebagainya.Jika terdapat sebarang komentar, pertukaran pendapat, pembetulan spesifikasi, pertambahan infomasi teknikal,gambar-gambar pedal, silalah berbuat demikian dengan jujur, ikhlas dan rasional.Segala perkongsian ilmu/pendapat/maklumat adalah amat dihargai bagi menceritakan sebenar-sebenarnya spesifikasi dan originaliti sesebuah basikal tua/klasik/antik.

Informasi
Pedal merupakan salah satu komponen asas sesebuah basikal.Fungsinya ialah untuk membenarkan si pengayuh basikal untuk meletakkan tapak kaki dan seterusnya memindahkan tenaga / daya ke arah hadapan untuk menggerakkan gigi/piring ( crank) bersertakan rantai. Hasil daripada pemindahan daya/tenaga ini akan menghasilkan tujahan ke hadapan dan sekaligus menggerakkan basikal yang dinaiki.
Menurut Buku Katalog Raleigh Industries Ltd, pedal terbahagi kepada 4 kategori iaitu tourist - bow pedal, roadster pedal, junior pedal dan steel pedal.Berikut adalah sedikit dapatan ( sales parts number and details) dari buku katalog tersebut.
Tourist- Bow Pedals.
REA 153 - Black rubber with RI monogram-chromium frame with reflector.
REA 641 - Black rubber - chromium frame.
REA 635 - Black Rubber - chromium frame with reflector.
Junior Pedals.
REA 651 - Black Rubber
REA 652 - White rubber
Roadster Pedals.
REA 172 - 4" Black rubber - amber reflector zinc frame- RI end cap.
REA 162 - 4" Black with RI monogram rubber and end cap-amber reflector-chromium frame.
REA 637 - Black rubber- chromium frame.
Steel Pedals.
REA 168 - Quill-sports-chromium plate.
REA 169 - Quill-sports- chromium plate with reflector.
REA 656 - Continental sports- chromium plate.
REA 171 - Continental sports- chromium plate with reflector.
REA 655 - Lightweigh - tourist- chromium plate.
REA 170 - Lighweigh -tourist- chromium plate with reflector.
Phillips "Royal" Pedals manufactured by J.A Phillips & Co. ( M.Adler Catalog 1914).
Phillips Royal no.853/854 - divided rubber pedal ( bermaksud terdapat 4 getah pedal ).Ukuran panjang pedal 4 1/4 inci.
Phillips Royal rubber pedals - 2 units rubber pedals.
Phillips Royal - retrap pedals ( bermaksud pedal besi ).


Terima kasih.

Pedal untuk Basikal Raleigh 28" keluaran tahun 60an

Ukuran pedal ialah 4 inci dan sesuai digunakan untuk sepeda/gerek 28"

Pedal untuk Basikal Hercules 28 “

Ukuran pedal 4 inci dan ada tulisan HERCULES

Pedal untuk Basikal BSA 24″


Ukuran 3.5 inci untuk pedal basikal BSA bersaiz 24" dan tertera tulisan BSA

Tulisan BSA bersama sayapnya kelihatan di setiap lapisan getah

Pedal Basikal BSA Airborne

Ukuran 3.5 inci untuk basikal Airborne 26". Pedal ini juga berfungsi sebagai stand untuk basikal Airborne.


Dwi fungsi sebagai pedal dan tongkat..

Pedal Sturmey Archer

Pedal Sturmey Archer

Pedal Sturmey Archer part no 817

Pedal REA 162: 4" black rubber with reflector,RI monogram and end cap.

Terima kasih kepada Gerekers Sungai Petani dan penulis artikel kerana memberi kebenaran memaparkan artikel Klinik basikal ini didalam blog KPBKM untuk perkongsiaan ilmu.

Sumber dari:
Gerekers Sungai Petani

No comments: