Mukadimah

Blog Komuniti ini dibuka untuk mengeratkan lagi salam tali silaturahim dan mendalami perkongsian ilmu dengan semua pemilik basikal klasik di Malaysia.Jadilah pemilik basikal klasik yang berilmu.
PENGUMUMAN

Kepada semua pemilik & peminat basikal klasik.

Jika anda ingin melampirkan bahan atau info mengenai basikal untuk dikongsikan dengan semua peminat basikal bolehlah emailkan kepada : kpbk.malaysia@gmail.com

atau peminat boleh layari forum komuniti seperti dibawah :

Forum Komuniti Pemilik Basikal Malaysia telah dibuka.
Klik
Sini untuk mendaftar.

Perbagai topik boleh dibincangkan.


Harap maklum.

Terima Kasih


Wednesday, September 9, 2009

Klinik Basikal - Rantai

1.1 Apakah dia Rantai

Rantai adalah satu komponen mesin yang penting yang terdapat pada sesebuah basikal. Ianya berfungsi untuk memindahkan(transmisi) kuasa di antara dua bahagian yang disebabkan oleh adanya suatu daya kilasan (tensile forces). Peranannya adalah sama seperti tali sawat yang banyak digunakan di dalam mesin atau engin kenderaan bermotor/elektrik. Terdapat pelbagai jenis rantai, bergantung kepada komposisi bahan atau kaedah pembuatannya.

Rantai dibahagikan kepada lima (5) jenis:

  1. Cast iron chain – rantai besi acuan diperbuat daripada bahan besi mengikut acuan yang tertentu.
  2. Cast steel chain – rantai keluli acuan diperbuat daripada besi keluli iaitu campuran besi dengan karbon mengikut acuan tertentu.
  3. Forged chain – rantai tertempa diperbuat daripada logam tempawan
  4. Steel chain – rantai keluli diperbuat daripada besi keluli yang dibentuk
  5. Plastic chain – rantai plastik diperbuat daripada bahan plastik
Kegunaan jenis rantai besi acuan, keluli acuan dan tertempa semakin berkurangan kecuali untuk kegunaan tertentu sahaja. Contohnya; rantai besi acuan untuk bahagian peralatan rawatan air, rantai keluli digunakan untuk kawat penghantar di dalam industri automotif.

(a) Rantai Keluli

Dalam artikel ini; fokus tertumpu kepada jenis rantai keluli yang juga dikenali sebagai rantai gelinting (roller chain).Rantai gelinting (roller chain) adalah rantai yang terdiri daripada plat luaran, plat dalaman, peniti (pin), pengalas (bushing) dan gelinting (roller). Ianya banyak digunakan sebagai rantai basikal dan juga merupakan rantai paling awal dicipta. Terdapat 3 jenis berdasarkan rekabentuknya;

i. Rantai bebaling (pitch chain) 1/2 inci - Foto 1 a
tas sebelah kiri

ii. Rantai langkau bergigi (skip tooth)1 inci - Foto 1 atas sebelah kanan

iii. Rantai jemala /blok -Foto 1 bawah sebelah tengah


Foto 1

(b) Struktur Asas Rantai Keluli

Struktur dan susunan tipikal rantai keluli adalah terdiri daripada 3 bahagian iaitu penyambung mata rantai (connecting link), gelinting rantai (roller chain) dan pengimbang mata rantai (offset link) Lihat Rajah 1;

Rajah 1

i) Pengimbang Mata Rantai ( Offset Link)


Satu unit pengimbang mata rantai terdiri daripada dua plat pengimbang rantai (offset link plate) yang mempunyai dua gelincir (slip fit) atau lubang penyambung, pin pengimbang (offset pin) dan cemat baji (cotter pin) yang disematkan atau dipasang pada pin pengimbang (lihat Rajah 2). Pengimbang mata rantai ini hanya digunakan apabila banyak mata rantai diperlukan. Cara pemasangannya ialah 2 plat pengimbang rantai dan 2 pin pengimbang dipasang menyelinap dan baji cemat dipasang untuk mengkukuhkan rantai.


Rajah 2

ii) Penyambung Mata Rantai (Connecting Link)

Terdapat 2 jenis iaitu klip spring (spring clip) dan cemat baji (cotter pin). Setiap unit terdiri daripada 2 plat penyambung mata rantai (connecting link plate) atau plat paip pengetat penyambung mata rantai (tap fit connecting link plate), 2 plat pin penyambung (pin link plate) dan disambungkan dengan 2 pin. Kedua-dua pin diikat ketat oleh samada klip spring atau cemat baji yang mudah dipasang untuk mengkukuhkan rantai. Lihat Rajah 3;


Rajah 3

iii) Gelinting Rantai (Roller Chain). Lihat Rajah 1;

Setiap unit terdiri daripada gelinting penyambung (roller link) dan pin penyambung (pin link) yang disambungkan secara bersiri.

a. Plat Penyambung Gelinting (roller link plate)

Merupakan satu komponen yang menahan ketegangan (tension) pada rantai. Ianya a lasak dan tahan kepada sebarang perubahan sekitaran seperti karat, kakisan dan sebagainya.

b. Plat Pin Penyambung (pin link plate)

Plat pin merupakan bahagian yang berfungsi untuk meratakan dan membengkokkan plat rantai semasa bergerak. Ia juga satu bahagian yang membawa beban bersama-sama dengan pengalas apabila rantai melentur semasa gegancu (sprocket) sedang berputar. Pin mempunyai daya kilasan yang tinggi, teguh, tahan daripada bengkok, lasak kepada hentakkan dan tidak haus.

iii. Pin Penyambung (pin link)

Pin penyambung terdiri daripada dua pin yang menyambungkan plat pin penyambung dan dipasang/diikat kepada gelinting (roller).

iv. Gelinting Penyambung (roller link)

Terdiri daripada gelinting (roller), pengalas (bushing) dan slip pengetat (slip fit). Iannya digunakan untuk menyambung plat penyambung gelinting (roller link plate) dan diikat kepada pin penyambung.

v. Pengalas (bushing)

Pengalas berfungsi meratakan dan menahan terikan disebabkan pembengkokkan di antara plat dan gelinting apabila dikenakan beban muatan semasa rantai berputar pada gegancu. Ianya juga bertindak sebagai sesendi di antara permukaan luaran dan dalaman apabila pin membawa bebanan dan tahan kepada hentakan.



Terima kasih kepada Blog Basikal dan penulis artikel kerana memberi kebenaran memaparkan Artikel klinik basikal ini didalam blog KPBKM untuk perkongsiaan ilmu.

Sumber dari:
Blog Basikal

Sekian,
Terima Kasih

No comments: