Pelancaran Logo KPBKM telah dilaksanakan pada 16.08.2009
Pelancaran Logo Komuniti Pemilik Basikal Klasik Malaysia telah disempurnakan. Hasrat untuk mengumpulkan pemilik-pemilik basikal/sepeda/gerek klasik telah lama disuarakan oleh banyak pihak. Hakikatnya ramai pemilik basikal/sepeda/gerek masih menyimpan khazanah warisan yang berharga tersebut di rumah masing-masing. Daya usaha untuk merekodnya menghadapi kesukaran kerana ketiadaan pihak yang sukarela untuk melakukannya. Di atas kesedaran ini, wujudlah Komuniti ini dan berharap mendapat kerjasama dalam menjayakan usaha murni ini. Diharapkan dengan usaha yang sedemikian, banyak lagi bahan warisan ini dapat diselamatkan untuk tatapan generasi akan datang.
No comments:
Post a Comment