Mukadimah

Blog Komuniti ini dibuka untuk mengeratkan lagi salam tali silaturahim dan mendalami perkongsian ilmu dengan semua pemilik basikal klasik di Malaysia.Jadilah pemilik basikal klasik yang berilmu.
PENGUMUMAN

Kepada semua pemilik & peminat basikal klasik.

Jika anda ingin melampirkan bahan atau info mengenai basikal untuk dikongsikan dengan semua peminat basikal bolehlah emailkan kepada : kpbk.malaysia@gmail.com

atau peminat boleh layari forum komuniti seperti dibawah :

Forum Komuniti Pemilik Basikal Malaysia telah dibuka.
Klik
Sini untuk mendaftar.

Perbagai topik boleh dibincangkan.


Harap maklum.

Terima Kasih


Wednesday, September 30, 2009

Plat Komuniti Pemilik Basikal Klasik Malaysia

Plat Komuniti
Di Bahagian Mudguard
Di Bahagian Mudguard
Di Bahagian Handle
Di Bahagian Handle

Kepada semua pemilik/peminat basikal.

Gambar diatas adalah rupa bentuk plat komuniti yang telah siap ditempah oleh pemilik basikal.Maklum balas yang diterima,ramai pemilik yang tidak sabar untuk meletakkan plat komuniti ini di basikal masing-masing. Alhamdullillah sambut yang diterima untuk tempahan amat menggalakkan.Blogger juga menerima banyak maklum balas dari peminat yang bertanyakan tentang Plat komuniti ini.klik disini untuk mengetahui lebih lanjut cara membuat tempahan.
Ramai peminat yang menyokong kewujudan komuniti ini dan berharapan agar komuniti ini akan berjalan dengan lancar dan menjadi tempat bagi ruangan perkongsian ilmu,perbincangan,bertukar pendapat dan mengeratkan lagi salam silaturrahim.
Blogger mengucapkan Tahniah kepada semua peminat yang telah menerima Plat komuniti ini.

Sekian,
Terima Kasih.

2 comments:

Mofti KSTJB said...

Tahniah dari saya dan KSTJB. Usaha yang baik dan bakal merapatkan hubungan baik antara pemilik Basikal Antik di Malaysia.

Setiap yang baik pastinya sukar dan akan melalui rintangan dan cabaran. Tempuhi ia dan anggap ianya sebagai dorongan untuk terus merealisasikan impian dan misi PKPBKM. Tq.

Saya nak tempah satu sebagai galakan kepada ahli di KSTJB. dengan bermulanya 1 insyaAllah akan menjadi

KPBK said...

Buat Mofti dan KSTJB

Sesuatu perkara yang baik memang banyak cabaran.komuniti ini bergerak dengan sukarela ahli bagi menghimpunkan semua pemilik dan peminat basikal dimalaysia.cabaran dan rintangan pasti ada dari sesetengah pihak yang tidak senang dan menganggap perkara ini hanya omong kosong.Insyallah komuniti ini akan banyak memberi info dan pengetahuan ilmiah yang berguna buat semua pemilik dan peminat dan juga generasi akan datang.Tempahan plat sudah boleh dibuat.Insyallah dari 1 akan menjadi beribu.

Sekian.

Blogger KPBKM.