Mukadimah

Blog Komuniti ini dibuka untuk mengeratkan lagi salam tali silaturahim dan mendalami perkongsian ilmu dengan semua pemilik basikal klasik di Malaysia.Jadilah pemilik basikal klasik yang berilmu.
PENGUMUMAN

Kepada semua pemilik & peminat basikal klasik.

Jika anda ingin melampirkan bahan atau info mengenai basikal untuk dikongsikan dengan semua peminat basikal bolehlah emailkan kepada : kpbk.malaysia@gmail.com

atau peminat boleh layari forum komuniti seperti dibawah :

Forum Komuniti Pemilik Basikal Malaysia telah dibuka.
Klik
Sini untuk mendaftar.

Perbagai topik boleh dibincangkan.


Harap maklum.

Terima Kasih


Friday, December 4, 2009

Pertemuan Silaturrahim




Dua minggu lepas Warga KSTKPB telah menerima tetamu dari kelab Sepeda Pasak (Paguyuban sepeda antuk karawang)iaitu Bapak Hernawa dari Kota Karawang.Pada mulanya pertemuan pada malam itu bersama dengan cikgu hairi,tetapi disebabkan sesuatu yang tidak dapat dielakkan,maka cikgu Hairi tidak dapat hadir bersama pada malam itu.
Pertemuan di sebuah hotel di Ibukota telah mengeratkan lagi salam silaturrahim antara dua negara.Pelbagai topik dan perkongsian mengenai Sepeda dapat dibincangkan. Ternyata,Bapak Hernawan juga mempunyai pengalaman yang luas dalam hobi bersepeda ini.
Sebelum pulang,warga KSTKPB sempat mengirimkan sedikit buah tangan buat Bapak Hernawa.Ternyata beliau amat gembira dan berterima kasih kepada Warga KSTKPB kerana sempat meluangkan masa berjumpa dan berkongsi mengenai Sepeda samaada dimalaysia mahupun di Indonesia.Beliau juga mengalu-alukan kedatangan warga KSTKPB ke Indonesia.

Sekian.

1 comment:

Sepeda Tua Johor Bahru said...

Tahniah KPBKM atas kunjungan Bapak Hernawa dari Kelab Sepeda pasak. Semuga dengan terjalinnya hubungan antara dua kelab dapat mengeratkan lagi hubungan rakan2 sepeda dan pertukaran ilmu dan pendapat dalam merealisasikan khazanah Malaya yang tinggi nilainya. Tahniah sekali lagi dari kami di KSTJB.