Mukadimah

Blog Komuniti ini dibuka untuk mengeratkan lagi salam tali silaturahim dan mendalami perkongsian ilmu dengan semua pemilik basikal klasik di Malaysia.Jadilah pemilik basikal klasik yang berilmu.
PENGUMUMAN

Kepada semua pemilik & peminat basikal klasik.

Jika anda ingin melampirkan bahan atau info mengenai basikal untuk dikongsikan dengan semua peminat basikal bolehlah emailkan kepada : kpbk.malaysia@gmail.com

atau peminat boleh layari forum komuniti seperti dibawah :

Forum Komuniti Pemilik Basikal Malaysia telah dibuka.
Klik
Sini untuk mendaftar.

Perbagai topik boleh dibincangkan.


Harap maklum.

Terima Kasih


Saturday, August 29, 2009

Basikal Humber Tahun 1890



Basikal Humber Tahun 1890 ini diperolehi dari "BUKU SINGAPORE A PICTORIAL HISTORY 1819-2000".Dari gambar ini jelas menunjukkan bahawa golongon bangsawan adalah golongan yang terawal memiliki basikal.
Inilah detik permulaan era berbasikal di Bumi Malaya.Awal abad ke 19,merupakan satu detik kegemilangan basikal sehinggalah ke hari ini dan telah menjadi satu koleksi yang sangat bernilai buat semua pemilik basikal yang mencinta hobi yang unik ini.


Terima kasih kepada KSTKPB dan penulis artikel kerana memberi kebenaran memaparkan artikel basikal ini didalam blog KPBKM untuk perkongsiaan ilmu.

Sumber dari:
Khazanah Sepeda Tua KPB

3 comments:

Unknown said...

satu paparan yang amat bagus untuk dikongsikan pada semua peminat.tahniah!
aku ingin mengetahui lebih lanjut,adakah fakta lain atau buku lain selain dari yang dipaparkan ini yang mengatakan basikal humber sudah berada dimalaya pada tahun 1890.sekian.

KPBK said...

Buat Raleigh,
Pihak KSTKPB akan cuba menjawab pertanyaan saudara.Insyallah

Sekian,
Terima Kasih

Khazanah Sepeda Tua said...

Salam buat saudara raleigh,

Untuk makluman saudara,gambar ini diperolehi dari "BUKU SINGAPORE A PICTORIAL HISTORY 1819-2000".pada tahun 2001,kami memperolehi gambar ini dari seorang sahabat di singapore yang mengirimkan buku ini kepada kami.bermula dari 1997,kami mula menjalankan kajian tentang basikal di malaysia,bersama dengan beberapa orang pelajar dari universiti malaya.hasil kajian yang dilakukan,kami berkesempatan pergi ke 2 buah galeri milik kerabat diraja iaitu Selangor dan Terengganu.disitulah kami menemui basikal humber yang sama jenis didalam gambar yang dipaparkan ini.dari kajian yang kami lakukan,melihatkan kepada fork basikal tersebut,ianya menyamai fork basikal humber dan hanya basikal ini yang dipakai oleh golongan bangsawan dan kerabat diraja pada era itu.
Didalam "BUKU MALAYSIA A PICTORIAL HISTORY 1400-2004" tidak ada gambar basikal tahun 1890 seperti yang digemburkan sebelum ini.hanya singapore pictorial sahaja yang menyimpan gambar basikal yang terawal tahunnya.kami juga banyak memiliki buku yang lain,dan amatlah sukar untuk kita menemui gambar-gambar basikal pada era tersebut.kami ada menyimpan kedua-dua buku ini untuk rujukan dan kajian kami.saudara bolehlah datang ke galeri KSTKPB jika ingin melihatnya dan berkongsi.

Sekian,

Ahli KSTKPB.
"Khazanah lama Masih Terpelihara"