Mukadimah

Blog Komuniti ini dibuka untuk mengeratkan lagi salam tali silaturahim dan mendalami perkongsian ilmu dengan semua pemilik basikal klasik di Malaysia.Jadilah pemilik basikal klasik yang berilmu.
PENGUMUMAN

Kepada semua pemilik & peminat basikal klasik.

Jika anda ingin melampirkan bahan atau info mengenai basikal untuk dikongsikan dengan semua peminat basikal bolehlah emailkan kepada : kpbk.malaysia@gmail.com

atau peminat boleh layari forum komuniti seperti dibawah :

Forum Komuniti Pemilik Basikal Malaysia telah dibuka.
Klik
Sini untuk mendaftar.

Perbagai topik boleh dibincangkan.


Harap maklum.

Terima Kasih


Saturday, August 29, 2009

Sejarah Raleigh Industries

Artikel Sejarah kali ini, KSTKPB ingin berkongsi mengenai "Sejarah Raleigh Industries Limited, Pengeluar Sepeda Terbesar Didunia".Artikel sejarah yang dipaparkan ini untuk dikongsi dengan semua peminat dan pencinta sepeda dimana jua berada.


Bermulanya kisah jenama sepeda yang paling popular didunia, Raleigh ialah pada tahun 1886. Bermula dari sebuah kedai sepeda kecil di Raleigh Street di Bandar Nottingham, diusahakan oleh Messrs. Woodhead, Angois and Ellis. Mereka hanya dapat mengeluarkan sebanyak 3 buah sepeda sehari.

Frank Bowden, seorang peguam, mendapat durian runtuh pada usia 24 tahun dan merupakan seorang jutawan muda di England pada masa itu. Beliau jatuh sakit setelah pulang dari Hong Kong pada usia 38 tahun dan doktornya meramalkan yang beliau mempunyai 6 bulan sahaja untuk hidup. Doktornya mencadangkan agar beliau bersepeda (pada masa itu, cadangan doktor amatlah diikuti oleh pesakit-pesakitnya). Bowden membeli sebuah sepeda keluaran Woodhead, Angois dan Ellis dari kedai mereka di Raleigh Street. Bowden sangatlah teruja dan berpuas hati akan sepeda keluaran Woodhead, Angois dan Ellis dan akhirnya beliau membeli syarikat tersebut dari mereka pada 1888.

Pengeluaran meningkat dan selepas 3 tahun, Syarikat sepeda Bowden berpindah ke sebuah bangunan 4 tingkat di Russel Street, Nottingham. Sebagai memperingati sejarah perkenalannya dengan sepeda, maka Bowden menamakan perniagaannya ‘Raleigh Cycles’, mengambil nama sempena kedai pertamanya di Raleigh Street.

Perniagaannya bertambah maju dan pada tahun 1896 ia menjadi pengeluar sepeda terbesar didunia dan Bowden memindahkan perniagaannya ke sebuah tapak seluas 7 ½ ekar di Faraday Road yang menjadi mercu tanda syarikatnya. Sebagai satu langkah untuk menperkembangkan perniagaanya, Bowden telah meminta 2 juruteranya, Henry Sturmey dan James Archer untuk menubuhkan satu anak syarikat, bernaung dibawah Raleigh Cycles yang dipanggil Sturmey Archer. Mereka mempatenkan sistem giar-hub tertutup (enclosed hub gear system) pada 1903 dan ia masih lagi dihasilkan dan digunakan hingga kini.

Bowden bukan sahaja seorang ahli perniagaan yang pintar, beliau juga seorang yang berinovasi. Beliau mengadaptasi sistem brek kabel pada tahun 1902, dengan menubuhkan sebuah badan yang dianggotai oleh beberapa syarikat pengeluar sepeda yang lain untuk menggunakan sistem brek kabel yang dipatenkan oleh E.M Bowden pada 1896. Sistem brek kabel itu juga diaplikasikan oleh anak syarikatnya Sturmey Archer dalam keluaran brek hab dan gear hub pada tahun-tahun berikutnya.

Dalam tahun-tahun berikutnya, Sturmey Archer merupakan sebuah syarikat aksesori sepeda dan motosikal terbesar di England, dan antara syarikat aksesori milik Sturmey Archer ialah Brooks Saddles, pengeluar pelana, tempat duduk sepeda dan motosikal serta barangan-barangan kulit.

Sumbangan Frank Bowden terhadap perkembangan industri di Nottingham menyebabkan Raja England menjadikan beliau Baronet of the City of Nottingham dengan gelaran ‘Sir’. Beliau merupakan seorang Jaksa Pendamai dan fellow di Royal Geographical Society. Beliau juga menulis sebuah buku berjudul ‘Cycling for Health and Points For Cyclists’ pada 1913. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 25 April 1921.

Pada tahun 1932, Raleigh Industries membeli Humber Cycle dari Humber Motorcar Company. Pada tahun 1957, BSA Bicycle Division dijual kepada Raleigh Industries dan pada 1960, Carlton Cycle, yang memiliki jenama Phillips dan Hercules dimiliki oleh Raleigh Industries. Ini merupakan zaman kegemilangan Raleigh Industries yang mempunyai barisan jenama-jenama sepeda seperti Raleigh, Humber, Triumph, Rudge, New Hudson, BSA, Sunbeam, Phillips, Hercules dan Robin Hood. Sturmey Archer dan Brooks Saddle juga dimiliki oleh Raleigh Industries.

Pada 1960 juga, Tube Investments membeli Raleigh Industries dan ia dikenali sebagai TI-Raleigh Industries. Zaman 1960an juga menyaksikan kejatuhan industri sepeda Britain dengan populariti kereta dan motosikal. Cubaan mereka untuk menghasilkan moped melalui jenama Raleigh, New Hudson dan Phillips juga tidak berjaya untuk melonjakkan jumlah jualan keluaran mereka. Pada suku terakhir dekad 60an, TI-Raleigh Industries hampir tumbang menyembah bumi.

Sepeda-sepeda Raleigh popular kerana buatannya yang berkualiti dan kerangka model ‘roadsternya’ yang ringan berbanding model-model keluaran Belanda, Perancis, Swiss dan Itali. Aksesorinya yang tampak cantik dan bergaya menjadi fesyen dan ikutan penggemar sepeda seluruh dunia. Ramai juga peminat yang mengkagumi Raleigh kerana penjagaannya yang mudah dan tidak komplikated.

Kemunculan Raleigh Chopper berjaya menyelamatkan Raleigh dari kejatuhan. Pada mulanya, Chopper diperkenalkan di Amerika Syarikat sebagai basikal untuk kanak-kanak pada 1968, namun ia kurang mendapat sambutan. Apabila ia diperkenalkan di Britain pada 1970, ia menjadi satu fenomena dan untuk senarai hajat krismas kanak-kanak pada tahun itu, lebih 80% mahukan Raleigh Chopper! Versi yang lebih kecil iaitu Chipper dan Tomahawk juga popular. Ciri-ciri uniknya menyebabkan ramai yang terpesona dan mula bersepeda semula sebagai aktiviti masa lapang. Ianya bertahan hinggalah kemunculan BMX pada 1980.

Kebangkitan BMX disahut oleh Raleigh dengan Raleigh Grifter. Sekali lagi, Raleigh menghasilkan satu lagenda. Ianya merupakan sebuah model antara Chopper dan BMX. Pada 1983, Raleigh memperkenalkan Burner. Ia dikeluarkan dari tahun 1983 hingga 1988. Desakan peminat menyebabkan Raleigh menghidupkan semula model tersebut pada tahun 2000.

Sungguhpun jenama Raleigh hampir-hampir tenggelam, ia masih lagi berjaya bertahan hinggalah ke hari ini. Strategi yang dimulai oleh Frank Bowden nyata menunjukkan bahawa Raleigh merupakan satu jenama sepeda yang terunggul didunia.


Terima kasih kepada KSTKPB dan penulis artikel kerana memberi kebenaran memaparkan artikel basikal ini didalam blog KPBKM untuk perkongsiaan ilmu.

Sumber dari:
Khazanah Sepeda Tua KPB

No comments: