Blog Komuniti ini dibuka untuk mengeratkan lagi salam tali silaturahim dan mendalami perkongsian ilmu dengan semua pemilik basikal klasik di Malaysia.Jadilah pemilik basikal klasik yang berilmu.
Kepada semua pemilik & peminat basikal klasik.
Jika anda ingin melampirkan bahan atau info mengenai basikal untuk dikongsikan dengan semua peminat basikal bolehlah emailkan kepada : kpbk.malaysia@gmail.com
atau peminat boleh layari forum komuniti seperti dibawah :
Forum Komuniti Pemilik Basikal Malaysia telah dibuka.
Klik Sini untuk mendaftar.
Perbagai topik boleh dibincangkan.
Harap maklum.
Terima Kasih
Friday, December 4, 2009
Pertemuan Silaturrahim
Dua minggu lepas Warga KSTKPB telah menerima tetamu dari kelab Sepeda Pasak (Paguyuban sepeda antuk karawang)iaitu Bapak Hernawa dari Kota Karawang.Pada mulanya pertemuan pada malam itu bersama dengan cikgu hairi,tetapi disebabkan sesuatu yang tidak dapat dielakkan,maka cikgu Hairi tidak dapat hadir bersama pada malam itu.
Pertemuan di sebuah hotel di Ibukota telah mengeratkan lagi salam silaturrahim antara dua negara.Pelbagai topik dan perkongsian mengenai Sepeda dapat dibincangkan. Ternyata,Bapak Hernawan juga mempunyai pengalaman yang luas dalam hobi bersepeda ini.
Sebelum pulang,warga KSTKPB sempat mengirimkan sedikit buah tangan buat Bapak Hernawa.Ternyata beliau amat gembira dan berterima kasih kepada Warga KSTKPB kerana sempat meluangkan masa berjumpa dan berkongsi mengenai Sepeda samaada dimalaysia mahupun di Indonesia.Beliau juga mengalu-alukan kedatangan warga KSTKPB ke Indonesia.
Sekian.
Saturday, October 17, 2009
Komuniti Yang Menyatukan Semua.
Salam buat semua pemilik & peminat basikal klasik...
Sekalung tahniah saya ucapkan kepada KPBKM kerana telah mewujudkan forum online pemilik basikal klasik pertama di Malaysia. Sebagai sebuah komuniti, usaha ini dapat menghampirkan lagi lebih ramai pemilik dan peminat basikal klasik di tanah air.
Sejak berita penubuhan KPBKM tersebar di blog-blog basikal klasik, ada yang mengajukan pertanyaan-pertanyaan dan juga kemusykilan-kemusykilan tentang KPBKM ini. Ada juga yang skeptikal dan ada yang menunjukkan perasaan kurang senang terhadap kewujudan komuniti ini. Maklumat lanjut layari Forum KPBKM
Sekian,
Terima Kasih.
Komuniti Pemilik Basikal Klasik Malaysia
"Komuniti Menyatukan Semua"
Sunday, October 11, 2009
Perhimpunan Terbesar Pemilik Basikal Klasik Malaysia
Kepada semua pemilik dan peminat basikal.
Komuniti Pemilik Basikal Klasik Malaysia menyokong usaha untuk memartabatkan basikal klasik ke peringkat yang lebih jauh lagi.Sehubungan itu KPBKM cuba untuk menganjurkan satu perhimpunan terbesar pemilik basikal klasik malaysia.
Sila beri komen dan pandangan anda disini atau layari forum "Komuniti Pemilik Basikal Klasik Malaysia" untuk berkongsi akan matlamat ini.
Sekian,
Terima Kasih.
Friday, October 9, 2009
Gambar Penyerahan Plat KPBKM
Bersama pemilik Plat KPBKM
Segak dipasang pada Raleigh Special X
Gambar Otai Taiping Pak Bakar yang lama dalam hobi basikal.
Plat KPBKM dipasang pada Basikal chopper
Gambar penyerahan Plat KPBKM kepada Pak Bakar otai Taiping.Tahniah kepada yang telah menerima dan memasang plat pada basikal masing-masing.
Gambar sumbangan dari eTua.
Sekain,
Terima Kasih.
Wednesday, September 30, 2009
Plat Komuniti Pemilik Basikal Klasik Malaysia
Di Bahagian Mudguard
Di Bahagian Mudguard
Di Bahagian Handle
Di Bahagian Handle
Kepada semua pemilik/peminat basikal.
Gambar diatas adalah rupa bentuk plat komuniti yang telah siap ditempah oleh pemilik basikal.Maklum balas yang diterima,ramai pemilik yang tidak sabar untuk meletakkan plat komuniti ini di basikal masing-masing. Alhamdullillah sambut yang diterima untuk tempahan amat menggalakkan.Blogger juga menerima banyak maklum balas dari peminat yang bertanyakan tentang Plat komuniti ini.klik disini untuk mengetahui lebih lanjut cara membuat tempahan.
Ramai peminat yang menyokong kewujudan komuniti ini dan berharapan agar komuniti ini akan berjalan dengan lancar dan menjadi tempat bagi ruangan perkongsian ilmu,perbincangan,bertukar pendapat dan mengeratkan lagi salam silaturrahim.
Blogger mengucapkan Tahniah kepada semua peminat yang telah menerima Plat komuniti ini.
Sekian,
Terima Kasih.
Wednesday, September 9, 2009
Klinik Basikal - Rantai
Rantai adalah satu komponen mesin yang penting yang terdapat pada sesebuah basikal. Ianya berfungsi untuk memindahkan(transmisi) kuasa di antara dua bahagian yang disebabkan oleh adanya suatu daya kilasan (tensile forces). Peranannya adalah sama seperti tali sawat yang banyak digunakan di dalam mesin atau engin kenderaan bermotor/elektrik. Terdapat pelbagai jenis rantai, bergantung kepada komposisi bahan atau kaedah pembuatannya.
Rantai dibahagikan kepada lima (5) jenis:
- Cast iron chain – rantai besi acuan diperbuat daripada bahan besi mengikut acuan yang tertentu.
- Cast steel chain – rantai keluli acuan diperbuat daripada besi keluli iaitu campuran besi dengan karbon mengikut acuan tertentu.
- Forged chain – rantai tertempa diperbuat daripada logam tempawan
- Steel chain – rantai keluli diperbuat daripada besi keluli yang dibentuk
- Plastic chain – rantai plastik diperbuat daripada bahan plastik
Dalam artikel ini; fokus tertumpu kepada jenis rantai keluli yang juga dikenali sebagai rantai gelinting (roller chain).Rantai gelinting (roller chain) adalah rantai yang terdiri daripada plat luaran, plat dalaman, peniti (pin), pengalas (bushing) dan gelinting (roller). Ianya banyak digunakan sebagai rantai basikal dan juga merupakan rantai paling awal dicipta. Terdapat 3 jenis berdasarkan rekabentuknya;
i. Rantai bebaling (pitch chain) 1/2 inci - Foto 1 atas sebelah kiri
ii. Rantai langkau bergigi (skip tooth)1 inci - Foto 1 atas sebelah kanan
iii. Rantai jemala /blok -Foto 1 bawah sebelah tengah
Foto 1
Struktur dan susunan tipikal rantai keluli adalah terdiri daripada 3 bahagian iaitu penyambung mata rantai (connecting link), gelinting rantai (roller chain) dan pengimbang mata rantai (offset link) Lihat Rajah 1;
i) Pengimbang Mata Rantai ( Offset Link)
Satu unit pengimbang mata rantai terdiri daripada dua plat pengimbang rantai (offset link plate) yang mempunyai dua gelincir (slip fit) atau lubang penyambung, pin pengimbang (offset pin) dan cemat baji (cotter pin) yang disematkan atau dipasang pada pin pengimbang (lihat Rajah 2). Pengimbang mata rantai ini hanya digunakan apabila banyak mata rantai diperlukan. Cara pemasangannya ialah 2 plat pengimbang rantai dan 2 pin pengimbang dipasang menyelinap dan baji cemat dipasang untuk mengkukuhkan rantai.
ii) Penyambung Mata Rantai (Connecting Link)
Terdapat 2 jenis iaitu klip spring (spring clip) dan cemat baji (cotter pin). Setiap unit terdiri daripada 2 plat penyambung mata rantai (connecting link plate) atau plat paip pengetat penyambung mata rantai (tap fit connecting link plate), 2 plat pin penyambung (pin link plate) dan disambungkan dengan 2 pin. Kedua-dua pin diikat ketat oleh samada klip spring atau cemat baji yang mudah dipasang untuk mengkukuhkan rantai. Lihat Rajah 3;
iii) Gelinting Rantai (Roller Chain). Lihat Rajah 1;
Setiap unit terdiri daripada gelinting penyambung (roller link) dan pin penyambung (pin link) yang disambungkan secara bersiri.
a. Plat Penyambung Gelinting (roller link plate)
Merupakan satu komponen yang menahan ketegangan (tension) pada rantai. Ianya a lasak dan tahan kepada sebarang perubahan sekitaran seperti karat, kakisan dan sebagainya.
b. Plat Pin Penyambung (pin link plate)
Plat pin merupakan bahagian yang berfungsi untuk meratakan dan membengkokkan plat rantai semasa bergerak. Ia juga satu bahagian yang membawa beban bersama-sama dengan pengalas apabila rantai melentur semasa gegancu (sprocket) sedang berputar. Pin mempunyai daya kilasan yang tinggi, teguh, tahan daripada bengkok, lasak kepada hentakkan dan tidak haus.
iii. Pin Penyambung (pin link)
Pin penyambung terdiri daripada dua pin yang menyambungkan plat pin penyambung dan dipasang/diikat kepada gelinting (roller).
iv. Gelinting Penyambung (roller link)
Terdiri daripada gelinting (roller), pengalas (bushing) dan slip pengetat (slip fit). Iannya digunakan untuk menyambung plat penyambung gelinting (roller link plate) dan diikat kepada pin penyambung.
v. Pengalas (bushing)
Pengalas berfungsi meratakan dan menahan terikan disebabkan pembengkokkan di antara plat dan gelinting apabila dikenakan beban muatan semasa rantai berputar pada gegancu. Ianya juga bertindak sebagai sesendi di antara permukaan luaran dan dalaman apabila pin membawa bebanan dan tahan kepada hentakan.
Terima kasih kepada Blog Basikal dan penulis artikel kerana memberi kebenaran memaparkan Artikel klinik basikal ini didalam blog KPBKM untuk perkongsiaan ilmu.
Sumber dari:
Blog Basikal
Sekian,
Terima Kasih
Klinik Basikal - Frame
Kerangka sepeda sebelum ini menggunakan keluli. Keluli mudah dilentur dan ia sangat kuat berbanding besi tuang. Industri keluli amat berkait rapat dengan industri sepeda. Ini adalah kerana Nottingham merupakan pusat industri berasaskan besi dan keluli di England sejak 150 tahun dahulu. Malah, syarikat gergasi keluli, TI, mengambilalih syarikat Raleigh pada dekad 1950an.
Pada kerangka sepeda Raleigh, Rudge, Humber, Hercules dan Triumph keluaran pasca 1950an, kerangka tersebut menggunakan jenis keluli “2030”. Ini berlaku selepas pengambilalihan Raleigh oleh syarikat TI. Kod kerangka-kerangka sepeda merupakan sesuatu yang wajib diketahui oleh pekedai-pekedai dan pengedar sepeda. Kod-kod tersebut membezakan antara kerangka “heavy duty”, “roadster” dan kerangka khas yang diperbuat dari aloi (aluminium).
Kerangka aluminium merupakan kerangka edisi terhad yang amat sukar didapati, bukan sahaja di tanah air, ia juga sangat sukar didapati di England. Semasa saya di England baru-baru ini, saya sempat mengunjungi sebuah pertunjukan kereta, motorsikal dan sepeda antik dan klasik. Saya mendapati, dari hampir 100 buah sepeda yang dipamerkan, hanya sebuah sahaja yang mempunyai kerangka aluminium.
Menurut seorang pengedar sepeda yang saya temui, kerangka aluminium atau kerangka alloy/aloi ini hanya dikeluarkan atas permintaan khas atau sebagai hadiah kepada pengedar yang berjaya mencapai sasaran jualan tertinggi. Pada pertandingan sepeda klasik yang diadakan di Shah Alam pada 1999, kurang dari 10 buah sepeda rerangka aloi yang menyertai pertandingan tersebut.
Menurut seorang pengumpul sepeda yang saya temui di England sewaktu lawatan saya tempoh hari, sepeda kerangka aloi ini amatlah berharga kerana ia hanya dikeluarkan pada tahun 1949 sempena ulangtahun jubli emas (50 tahun) syarikat Raleigh. Rerangka aloi hanya dikeluarkan dengan jenama Raleigh sahaja. Spefikasi sepeda kerangka aloi ini ialah kerangka berukuran 22”, ‘fork lock’, ‘all alloy frame’ dan jejari aloi untuk rim 28” jenama Dunlop [rim lipat, bukan rim stail Westwood]. Sepeda ini hanya dikeluarkan dalam warna Green Enamel dan full gold lining sahaja.
Kerangka menarik yang lain ialah kerangka keluaran khas Rudge edisi kromium (chrome). Kerangka chrome ini hanya dikeluarkan dengan ukuran 21” untuk jenama Rudge sahaja. Kerangka-kerangka ini hanya dipasarkan di Amerika Syarikat sahaja.
Bagi peminat dan pengumpul sepeda di tanah air, sering kali kita gunakan terma sepeda 26” dan 28” untuk membezakan kerangka-kerangka sepeda koleksi masing-masing. Ukuran tersebut hanya merujuk kepada ukuran diameter roda sepeda sahaja. Akan tetapi, kerangka (frame) sepeda mempunyai ukurannya yang tersendiri.
Kerangka sepeda yang dikeluarkan oleh pengeluar-pengeluar sepeda di England yang dipasarkan di tanahair ialah kerangka ‘Sports’ dan ‘Roadster’ yang berukuran ” 20” [Junior], 21” [Sports], 22” [Roadster] dan 23” [Heavyduty]. Kerangka berukuran 20” digunakan untuk sepeda Junior yang menggunakan rim berdiameter 24”. Sepeda Sports [Raleigh, Humber, Rudge dan Triumph] menggunakan rim berukuran 26”. Manakala sepeda Roadster menggunakan kerangka 22” dan rim bersaiz 28”. Sepeda Heavyduty, yang menggunakan rim 28” menggunakan kerangka berukuran 23”.
Di England, untuk menentukan saiz kerangka ‘Sports’ dan rim yang digunakan agak sukar. Ini adalah kerana, setiap sepeda yang dijual di England, ia ditentukan oleh ketinggian pembeli asal sepeda tersebut. Semasa lawatan saya, saya dapati ada sepeda Sports yang berukuran 21”, 22” dan 23” dan menggunakan rim berukuran 26”.
Apa yang membuatkan sepeda British selesa dikayuh? Jawapannya kita boleh dapati dari binaan kerangka sepeda tersebut. Binaannya yang panjang (long wheelbase), ketinggian yang sederhana dengan ukuran sudut 68 darjah dan keutuhan binaannya menyebabkan sepeda British amat popular sehingga ke hari ini.
Diharapkan perkongsian informasi dan fakta tadi dapat dimanfaatkan oleh semua peminat dan pengumpul sepeda. Sebarang komen dan fakta susulan adalah amat dialu-alukan dari semua.
Terima kasih kepada KSTKPB dan penulis artikel kerana memberi kebenaran memaparkan Artikel klinik basikal ini didalam blog KPBKM untuk perkongsiaan ilmu.
Sumber dari:
Khazanah Sepeda Tua KPB